SPA Muslimah

Fitness Muslimah

Produk

SPA Muslimah

Anda berhak memilih servis mana yang menepati pilihan hati anda. Servis kami bermula dari hujung rambut ke hujung kaki.

 

Ada pilihan individu atau ala carte dan juga pakej.

 

 Anda yang membuat keputusan.

 

Relaks, detoks dan tuju ke arah kesihatan total.

 

Anda hanya perlu sediakan minda, selainnya serahkan pada kami. Jaminan kami 'Pasti terasa perbezaan pada tubuh anda kerana sudah terlalu lama anda mengabaikannya..'

FITNESS Muslimah

Kesihatan tubuh badan adalah sebahagian dari pakej keanggunan seorang wanita.

 

Di sini kami menawarkan servis kesihatan berbentuk kelas fitness dan nasihat kesihatan yang dibincangkan dengan melihat beberapa pendekatan kehidupan. Bantuan nasihat pemakanan dengan intervensi diet harian.

 

Kelas kami boleh diseragamkan mengikut kehendak dan masa anda. Teknik pengajaran adalah dengan menggabungkan beberapa teknik terkini seperti, HIIT, Interval training, Bootcamp, Zumba, Pilates dan yoga.

LIGHT OF HEALING

Treatment & Training Centre

HALAL. LEMBUT. SEMULAJADI

 

Produk kami haruslah memenuhi skop moto kami.

 

Kami menggunakan produk Neostrata dan produk aromaterapi berjenama dari Australia, New Directions.

 

Kami juga mempunyai produk kami tersendiri. Produk kami terdiri daripada produk aromaterapi seperti minyak urut, sabun muka, face oil, krim muka, lulur muka dan badan, minyak aura dan pewangi bilik.

 

Anda boleh mendapatkannya samada di kedai kami atau melalui laman sesawang kami

Wanita sangat sinonim dengan kecantikan dan kejelitaan. Ia bukanlah suatu pilihan tetapi menjadi suatu kemestian.

 

Namun dengan kesibukan tugasan & tanggungjawab, ia dilupakan. Belaian manja yang diperlukan dan keanggunan yang disebutkan terpaksa dilepaskan. Ia disimpan jauh dari prioriti dalam capaian tugasan.

 

Percayalah, wanita perlu dibelai, dimanja dan diulit. Ini menjadikan mereka lebih berjaya dalam menjalani tanggungjawab samada sebagai isteri, ibu, anak, mahupun seorang karyawati.

 

Kami sangat memahami. Servis, Produk dan Aktiviti SPA & FITness Muslimah menggambarkannya dengan untaian pakej dan produk yang menepati citarasa setiap wanita. Bersesuaian dengan moto kami Halal, Lembut dan Semulajadi, Insya Allah akan tercapai insan yang Santun, Primadona serta Anggun.

 

Tempah sesi temujanji anda dengan kami info@spamuslimah.com.my

Sekapur Sirih

SPA & Fitness Muslimah

Copyright @ Petoeah 2013, Light of Healing Treatment & Training Centre ( LOHTTC ).